Showing posts with label Malay. Show all posts
Showing posts with label Malay. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

Bahasa Budaya Kita

Masa aku di Sarawak, bahasa Sarawak menjadi bahasa rutin ku tapi aku tidak pernah terfikir pasal bahasa semanjung atau orang sarawak kata "bahasa orang malaya"ditutur dalam family aku.
Time kecik2, mana la tau beza, bile kawan sarawak aku tegur, "kenak ko klakar lain ngan famili kau, perasan sik? (kenapa kau cakap lain ngan famili kau, perasan tak?)"
masa tu baru aku perasaan .... heheh.. ye la.. famili sebelah Abah aku dari semanjung dan mak aku dari sarawak dan antara parents aku ngan aku, kitaorg cakap "bahasa malaya" tapi sesama parent aku diaorg cakap sarawak. Kira nya aku ni bilingual celup la jugak. huahuahua.

ape2 pon, dari sana aku rasa bahasa memain peranan yang agak besar untuk tentukan orang tu dari mana. Aku tak nak maksud kan dari luar negara, tak der kaitan tapi bila aku pindah ke KL, banyak sungguh bahasa stylo aku belajar. Seperti:


SELENGER

BENGAP

BANGGANG

AGAK2 CKIT

BENGKE


dan bahasa utara yg kekadang orang lain fikir aku dari Utara, dan aku rasa tak der la banyak benar member aku dari Utara. Tapi perkataan2 di atas tidak justified kalau tak di sebut, cam tak cun je ejaan. Maaf kalau salah.. tapi aku rasa tak der orang nak pakai ayat2 sebegitu, dah SOO YESTERDAY...

tapi sejak dua menjak dah berumur ni, banyak bahasa stylo telah muncul dan aku dapat idea ni pon sebab mamat ni.. sebab budak2 sekarang suka pakai ayat "ew" di belakang. Contoh : " begiteww kewww" dan kebanyakkan nye aku dah tak paham..

Time aku sekolah dulu bahasa "Fi" popular, bukan F*** tapi letakkan F di setiap ayat. contoh: Mafinafi kaufi perfigifi? --sila betulkan kalau salah. Tapi aku memang tak pernah nak fluent bahasa stylo itu. Tapi aku tak tau kenapa bila orang pakai bahasa "Fi" mesti nak gaduh atau gosip. Boleh di kategorikan sebagai bahasa Gosip agaknya. Apa motif bahasa "fi" aku sendiri pun tak tau, kata stylo kan?

Agak2 nya ada tak orang buat dictionary untuk bahasa stylo versi bahasa malaysia? Kalau tidak , mari kita buat untuk lawak diri sendiri.

Tapi lawak paling best aku dengar bile orang sarawak try nak cakap semanjung


A:hello, boleh saya bercakap dengan gitugitu?

B:hello, siapa kelakar (cakap) tu?

A: errr... *konpius*


comel je kan? ^_^

Dan apabila aku pindah di negeri yang cam peti sejuk ni, bahasa lagi konfius, *pening*

Apa-apa pun sila kasi perkataan yang STYLO untuk aku biar aku boleh berlagak bile balik Malaysia. Tak der la aku rasa ketinggalan ye... ^_^





Saturday, February 19, 2011

Reply to Yan

Masih lagi tentang kino. ^_^ aku kang komen banyak2 dalam komen inbox ko..tak muat..baik wat new post terus. ^_^

Ye, aku pun rindu ngan kino. Rindu dengan gosip. Aku rasa gosip telah merapatkan kita semua. ^_^ Ngumpat pasal customer, eyeing customer yang agak2 comel, jumpe selebriti dan selalu jumpe Raja Nazrin , loker, tempat pantry.. giler cari satu buku satu kino..tidak pernah aku complain cari buku satu kino dan akhirnye cakap dengan customer "do you want to reserve it if I found it?" hahaha.
Setiap benda yang best, mesti ada nohtah.

Aku tak boleh nak komen banyak tentang download download ni. Aku adalah hantu download. Perasaan aku terhadap CD tidak hangat seperti kau memegang kekasih buat pertama kalinya. (best tak ayat?), tapi aku faham tentang buku menjadi kindle. Aku pun suka memegang buku dari elektronik. Perasaan memegang buku dan membaca buku yang aku suka sungguh indah, bagaikan diri dalam cerita tu sendiri. (pergh, ayat). You get my drift.

Dekat sini aku suka pergi kedai buku lama2. Murah dan bau buku yang lama ^_^ dan buku yang lama tak luka kan jari jemari ku. (paper cut). Kat kino dulu, tangan aku tak sah kalau tak der paper cut. ^_^ Paper cut tu pun aku rindu.

Tentang kemudaan, terus la rasa muda. Beneficial tu. Thoughts are powerful. Kalau act cam muda tu yang tak best.. mencari imbangan tu memang susah. Aku sendiri pun tak pernah rasa tua kecuali jumpa budak sekolah berumur 16 tahun. ^_^ Enjoy while it last.
Aku pun tak sangka umur nak dekat 30 tahun tapi seriously aku tak rasa aku layak atau mature enough to be 30 tapi umur mana ada kira ready atau tidak.

Oh ye, di sebabkan aku tak der wat pe2 semalam, aku download macam2 movie, dan salah satu nye Eat, Pray, Love. Aku tak sure la kalau ko dah tgk movie tu tapi aku intrigue sebab ko cakap ko paham die dan relate ngan die, so adakah ko rasa tertekan dengan keadaan sekarang? Adakah perasaan ghairah kau hilang? Tiada rasa ghairah tentang kehidupan? Atau adakah ko takut dengan cinta? Cinta kan bahaya. Boleh buat orang buta dan hilang diri sendiri..
Aku rasa semua orang pernah rasa begitu. Aku adalah orang yang selalu hilang diri sendiri di dalam percintaan. ya, aku mengaku.

Pelik kan? Walaupun jumpa seseorang yang tidak mahu mengubah apa2 tentang diri kita, kita sendiri mengubah untuk sesuaikan diri untuk dia kononnya. I learned it hard way. Live and learn eh? Pengalaman telah mengajar kita menjadi takut sebenarnya. Adakah itu yang ko curigakan?

Ok la. Nanti kita cerita lagi ye. Apa2 pun..sila jawab persoalan aku. ^_^

Walaupun aku jauh di mata mu , telinga ku dan perihatin ku tetap berada di sisi mu. (cam kekasih la pulak).




Wednesday, January 19, 2011

Reply to Yan

surat kedua

Aku sememangnya pantas effektif apabila kau bercerita tentang neighbourhood.. Kebarangkalian itu sungguh luas sebab itu aku pantas menjawab "lelaki"? ;) you can't blame me...:D

Wah..nanti pabila aku pulang ke tanah air (sayu skit bunyi), aku pastikan kau akan membawa aku jalan-jalan cari makan sebab aku tahu kau telah arif tentang kawasann Damansara. Dari apa yang aku baca, aku merasakan Damansara sungguh sesuai untuk kau....dan aku bangga kau telah sungguh rileks mengenai subjek lelaki. Ye la, kalau nak ikutkan subjek itu tidak akan pernah ada nohtah. Sentiasa ada kesinambungan. Aku tahu kau bukan jenis yang hendak kahwin atas sebab2 yang kekadang aku dengar tidak munasabah. Kau lebih cerdik dr itu.

Menyebut pasal makanan, aku masih mengingati zaman-zaman mamak kita dan cerita-cerita cina yang sering ditayangkan . Dan kali ini, aku mahu makan di Sri Murni pula. Alamak..... lapar la pulak teringat kat Mee goreng sri murni... menyesal mention...

Betul kata kau, puaskan hati orang memang susah dan kekadang kita sendiri jadi marah. :(

Aku rasa yang penting kau puaskan hati sendiri dahulu, ya..bunyi sungguh mementingkan diri, tapi bila lagi?

Umur pun sudah menghampiri 3-0 an, masih muda lagi. :) dan we still loook good , baby! :)

whatever it is, Enjoy while you can!

Bukan ko ader list ke ? 100 things before you get married? :)

Macam mana progress? terlaksana?

Buat jangan tak buat:) Nanti dalam relationship, kena minta pendapat atau permission atau kena ajak... leceh kekadang..:)

Nak kata aku rindu dengan kehidupan single, kekadang ya. Tidak pernah aku nafikan.

Tetapi aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang..I won't trade it for the world.

Sebagai pendengar setia kau, aku sentiasa berharap kau jumpa kebahagian yang kau inginkan.




Saturday, January 15, 2011


Shimmery Eyes!

Kan aku sudah bilang.. aku akan pakai shimmery dikala aku masih muda ini. :)

Susah jugak nak pakai ye...isk..isk.. cobaan..


Mata:

MAC Paint Pot in Constructivist

Collection 2000 Sugarplum

120 palette brown

120 palette white for highlight under brow

Etude House Dual Change Eyeliner

Lumene Natural Code Mascara

H & M White eyeliner

Muka:

Stila Primer

Lumene Time Freeze in Mocha

Wet and Wild Press Powder

H & M blusher in Dazzling Peach

Bibir :

Farmasi in Nude



Friday, January 14, 2011


Hitam dan Kuning

Dulu-dulu aku suka warna logo radioaktif, hitam dan kuning. Aku pun tak tahu kenapa (sambil garu kepala). Kali ini, aku melukiskan mata ku dengan warna sedemikian.



Malu la la tunjuk mulut..tak guna lipstik pun. :)

Thursday, January 13, 2011

photo courtesy: rojak

Teringat plak rojak .. lapo plak


ROJAK

Ada org kata kalau buat blog kena pasal satu subjek je.. aku rasa blog aku dah cam rojak. Semua benda aku nak letak.. dari tips kecantikkan (cantik ke?)... kpd ketidak puas hati aku terhadap masyarakat dunia (chewah, ayat yang besar tu) tapi aku buat apa yang aku suka. ye tak?

Tapi aku rasa blog aku kini telah jadi blog gedik ku... Blog Make Up atau Blog Melukis Mata. Tak de la aku rasa aku nih pro. Aku mmg suka nak main2 make up. Realitinya, aku pun kekadang malas nak apply make up.

Nanti la kalau aku ada masa, aku main make up lagi dan letak proses2 camne nak apply eyeshadow... saje ..bukan nak menunjuk , tapi aku ni pelupa.. so untuk senangkan diri aku.. :)

Tata!

Tuesday, January 11, 2011

Eyeshadow campur nail polish = ?

Kaler baru!!! :D Disebabkan aku suke nail polish.. aku dapat idea nih dr utube.
Aku der eyeshadow dust atau macam MAC pigment..which haram aku nak beli sebab mahal...collection 2000 nih mmg pengganti untuk MAC pigment. Kualiti pun ok dan sungguh murah..

Aku campurkan nail polish clear atau tak der kaler.. then letak sikit pigment tu..lepas tu campurkan..




taaaddaaa...




Tak yah beli nail polish lagi (ye ke? aku sendiri tak caya ) :P

Monday, January 10, 2011


Collection 2000 eyeshadow
Antara shimmer eyeshadow ngan matte.. aku mmg suke matte..tapi disebakan kan harga yang murah dan aku masih ader masa untuk pakai shimmer shimmery nih ... Maksud aku masih ada masa sebab kalo aku dah kereput, tak sesuai untuk di pakai di kala itu ..:) Kaler2 begini mmg tricky skit nak pakai untuk kulit yang gelap... sebab tak nampak... kalo aku ambik gambo pon, tak nampak keayuan aku memakainya sebab reflection kamera tu telah pupuskan warna shimmer tu .. (pupus... hahaha,,nampak sgt BM aku kelam kabut, maaf ye) Aku kena ambik gambo pagi2 atau matahari ada sebab bior nampak dalam kamera ..ye tak? Pigment ini boleh diguna macam MAC Pigments. Boleh pakai untuk muka.. kuku.. dan seluruh badan.. banyak la benda yang boleh buat...


Perkara2 ajaib yang pigment boleh buat :-


1) Sebagai eyeshadow (sudah tentu!)

2) Sebagai nail polish ( dah pon aku post)

3) Sebagai highlighter muka = Foundation + pigment putih (kalo nak extreme.. letak la pigment kaler2 ...kalo anda masih demam AVATAR)
4) Sebagai blusher =moisturizer + pigment
5) Sebagai shimmer badan = moisturizer + pigment

dan ada lagi..sila rujuk kepada video nih ...:D


In English:



Terima Kasih!

Monday, January 3, 2011

Brow

"Brow Brow Brow your brow,
Gently on your face,
Gorgeously, Glamorously,
Life is all about a brow"

Boleh jadi tak? :) penat aku compose siang malam tau.
aku mula pegang makeup umur 13 tahun.... itu pun kakak aku nye eyeliner..
die gile eyeliner... takat Amy Winehouse, aku rasa Amy Winehouse copycat kakak aku! :)
Perkara yang aku suke tengok dekat muke adalah kening...
Untuk perempuan je la...
Laki Jepun kening cantik... creepy cantik kekadang...
Anyway.. since aku suke tgk kening yg kemas,
Kening aku pernah mengalami insiden di mana aku hampir2 tiada kening...
Aku tak nak explain apa yang terjadi. Terima Kasih.

so mana lagi best?

Sebelum operasi berlaku:



ye aku ambik gambo yang same.. malas ..:)

Dan Selepas---



Merah Jambu

Jarang aku nak pakai warna merah jambu ni.. tapi disebabkan aku selsema dan aku bosan dok umah ..aku main makeup2.
Aku rasa over la pulok merah jambu nih...cam drag queen pun ader..
Untuk malam ok kot...atau kulit yang cerah--




So macam mana?



Sunday, January 2, 2011


Wet & Wild Color Icon eyeshadow palette

Mmg buat basah dan gile.. :) opss sungguh "nasty" bile ayat2 sebegitu di "translate" kan.
Tapi mmg aku gile bayang akan palette nih... Bagi mereka2 yang tidak mampu untuk beli eyeshadow MAC yang sedia maklum mahal tu, aku rekemen eyeshadow palette nih...
Mmg meletop nyah!

Color die cantik dan senang blend.--- Kat UK 5£ tapi kat sini 8€ . So sape2 yang gi UK atau sewaktu dengannya... jangan lupa untuk beli ya! .. kalo nak beli dr aku pon leh, bole runding2-- :D

Yang best nye palette nih..sebelah kiri, matte color dan sebelah kanan, shimmery shimmer gitu. Aku suke matte color mostly.. tapi shimmer with matte, mmg bonus! :)

Kalo nak lebih lanjut review eyeshadow..gi kat Youtube je..melambak wat review... siap der tutorial lagi ....

Selamat Mencantikkan Diri yee..------




1o1 entries.

Wow.. ader je benda nak ngarut eh dalam blog? Tak kisah la ader org baca ke idak..



Selamat Pengantin Baru to my cousin, Boboy..
Dah pun jadik laki orang eh..
Alhamdullillah..

Moga2 bahagia hingga ke anak cucu...

Kinek tok nunggu Azie gik...:)
Sik sangka.. 3 of my cousins dah pun kawen...:) Kacak rupa masing2 :)

Thursday, December 30, 2010

Braids

Braids. Dalam BM ape ye?
Tapi nak cakap aku expert dalam wat rambut sendiri, hampeh.....
proses dalam pembelajaran yang melibatkan rambut2 putus sebab kuat sangat tarik... atau rambut jadik kelam kabut kat akhir2 tu...benci la... kalo korang pernah wat braids.. mesti der masalah tu.
Satu je yang tak best braid nih, kalo rambut terang atau blond ke...cantik le sebab nampak braiding tu...
Rambut aku dah hitam atau mmg dah lame hitam... senang nak jaga kat sini.... kalo kat KL bole le gedik ngan rambut karat, salon murah maaa... kat sini...aaiiihhh... mahal nak mamp..
so aku dye je hitam..senang abis cite...
Tapi obsesi aku untuk nak wat braid cantik2 tak luntur walaupun aku braid tak nampak sebab rambut hitam.






Kalo aku dah pandai..aku post braid aku wat sendiri..takat nih..hodoh lagi..:)

Nanti la ye.. :)


Tahun Baru

Tahun Baru, blog pun baru.. tak jugak.. name je yang baru. Yang lain rasa nye same je.
Excited tak? nak new year atau tak peduli pun... macam birthday, umur meningkat, perangai sama je..bak kate CikYan "growing up is optional" yee...
Umur dah dekat 30.. tapi rasa sungguh muda (perasan je tu)

Harap2 tahun 2011 akan lebih best dan banyak lagi aktiviti. Kemalasan nak update blog pasal diri sendiri..tak menarik pun. Balik2 cite pasal snow... bosan ah..
Banyak cite yang tak manis dan tawar dalam hidup aku nih, tak kuasa la nak type dalam blog. Tak der misteri ... motif nye adalah..bile aku jumpe member kat KL nanti ..ader cite..kang aku cite bebanyak dalam blog nih, tak der cite nak borak2... betul tak? Mana la tau ada member2 yang baca. Sungguh tak misteri bile jumpe kang, aku cite...tertiba member celah " aku dah baca blog ko ari tu" (tepek tapak tangan kat dahi) spoil.

Time aku balik KL Mac 2010, cam kelam kabut... dan fulus pun kurang nak jumpe member... walaupun takat air teh tarik RM1 ...atau lebih...(aku tak tau berapa harga teh tarik sekarang... maaf ye) aku masih nak minum teh tarik sampai cecah RM10. Kiranye lama la nak lepak. Aku rindu ngan member2 aku.. terutama famili aku.. nampak je aku tak peduli tapi aku merindui korang semua... sincerely nih. Kalo korang rindu sgt kat aku, derma2 la duit kat aku balik KL ye.. credit card/Cash/ Pay Pal aku terima.

Harap2 member aku letak dalam memo 2011 to do list
"Gi lawat Ena kat Finland"
Okie ape.. walaupun bukan London atau Paris..tapi aku pasti kan aku memberi hospitality yang setaraf dgn Pak Perancis dan Makcik London.

OK tak?

Malaysia Dapat Cuti


Aku baca berita siap PM Malaysia kasi cuti lagi sebab menang bola. pergh! Time menang Thomas Cup dulu 1992, PM kasi cuti ke ? Tak kan? Sila inform aku ..sebab time tu umur baru 10 tahun... :) Aku baca berita team Malaysia menang sebab peminat main laser, buat team Indonesia pening... ye ke? Tak best le cam gitu.. fair game ke cam gitu?
Ape2 pun...Malaysia kasi cuti sebab menang bola... agak2nye kalo Malaysia menang World Cup boleh cuti sebulan kot... :)

Bisness Kot

Aku nih nak kate kepala bisness tak jugak. Kepala Shopping de la. Tapi kalo aku wat , aku make sure aku suke ape yang aku jual... maybe makeup.. tapi.. kat KL, aku rasa dah banyak makeup bole dapat... even dalam forum Low Yatt pun korang bole dapat jenama Urban Decay or NYX dgn harga yang murah.
Tentang keaslian tu, aku tak sure... sebab banyak company dr China produce produk2 nih..
Agak2 nye kalo aku jual LipSmacker secara tetap, korang nak beli tak? :) tanye je.. :)



Akhiri Pena dengan pesanan,

Harap2 tahun 2011 memberi lebih rezeki dan kebahagian kepada famili ku dan rakan2 ku..
Sila lawat Finland dan
Malaysia Boleh!


so?

Friday, December 3, 2010

Supernatural

Why must Sam return without soul? Why can't he just stay inside hell cage with Lucifer and Michael and play tic tac toe? Why? Tell me why (lagu Backstreet Boys).

Tak paham. Kenapa nak hancurkan sesuatu yang sungguh indah ending nya? Adakah di sebabkan demand yang melampau untuk lihat adik beradik yang hensem itu? Ah! Tidak ku peduli akan show yang aku puja dahulu. Aku kecewa!

Sekarang, adik beradik yang hensem itu tidak mempunyai kelucuan yang dahulu kala meriangkan hatiku.





Thursday, November 18, 2010

Kehadapan rakan ku yang sungguh touching mouching membuat blog..:)

*aku pon nak balas la!*

Walau pon kekok untuk aku berbicara di blog ini berbahasa melayu tetapi aku tidak pernah lupa akan bahasa ku sendiri.. :) Selamat Hari Raya Haji kepada mu jua... Kali ni kali kedua jua aku beraya di sini...sebak dan jeles kepada orang yang menatap jamuan yang enak2 di hari raya... :) *makan je aku pikir*

Best tempat keje ko.. cubicle yang comel! kenapa tidak letak Pak Moomin di atas meja mu? hehe....

Hari ni salji telah turun untuk pertama kali nya. Dan secara automatik nya, aku merasa kan di dalam snow globe...seperti ni ...

Aku harap ko dapat la menziarahi aku di sini... pada bila2 masa sahaja...aku akan menanti mu ...

Pasal kepatahan hati ko tu, aku harap ko ok...take your time... aku tau bukan senang..to mend a broken heart... kita semua pernah melalui dan aku tau ko akan tabah untuk ketawa semula :) Ko ingat je ape ko nak wat ..nak travel kee.. just to keep your mind busy....time will heal ..:) it always does.

Banyak telah kita belajar setelah era Kino berakhir. Time Kino adalah time tak serius dgn hidup..itu pendapat aku la. Member keje best2.. gosip baaiiiknyee.. tetapi masa gembira akan tetap berakhir.... Ape2 pon aku tetap sokong ko 100% dalam apa juga keadaan..:)

So camne mission ko nak turun kan berat badan.? dah beli basikal yang anda idam2kan? Aku pun tak leh nak komen berbanyak.. sejak dua menjak aku di sini dan tinggal bersama dgn kekasih ku .. berat badan pun bertambah hingga rakan lain pikir aku pregnant.. tetapi aku defend diri ku mengatakan sebab sejuk..dan kesejukkan membuat muka ku kembang dan baju berlapis2 .....:D*anda tidak percaya?* Dan atas-atas alasan yang tidak sesuai untuk di baca di kalangan budak belasan tahun...

Apa2 pun Mari bersama2 untuk kekalkan amalan yang sihat tubuh badan!! yeay! :D





Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Haji to everyone.. :)



Haih... melepas lagi makan rendang...Makan je pikir.. :)



Thursday, September 9, 2010


Selamat Hari Raya kepada saudara serta saudari ...
setahun hanya seeee kaalii... waaaaa.....
Tahun depan mesti balik raya...
Nak makan lauk raya...
Nak duit raya
walaupun dah nak cecah 30 tahun
Hati mesti muda
Ampun ya ampun kepada sesiapa yang terasa
Salah dan silap harap di maafkan...

Friday, August 20, 2010

Besar tak cookie saya buat?





Saya suka benda besar2 ...:)